Followers

Sunday, March 11, 2012

aku hairan melihat

Assalamualaikum w.b.t...

Aku hairan melihat...
[mood muhasabah diri]

aku hairan melihat diri sendiri, 
yang sudah tahu mati itu pasti tetapi masih ketawa...

aku hairan melihat diri sendiri,
yang sudah kenal dengan neraka tetapi masih melakukan dosa...

aku hairan melihat diri sendiri,
yang sudah tahu bahawa dunia ini akan binasa tetapi masih mencintainya...

aku hairan melihat diri sendiri,
yang sudah tahu bahawa di akhirat ade perhintungan tetapi masih sibuk mengumpulkan harta...

aku hairan melihat diri sendiri,
yang sudah mengenakl syaitan sebagai musuhku tetapi masih mematuninya...

aku hairan meihat diri sendiri,
yang sudah tahu bahwa semua perkara yang terjadi menurut takdir tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu...

aku hairan melihat diri sendiri,
yang mencuci wajah berkali-kali dalam sehari tetapi tidak mencuci hati sendiri walaupun sekali setahun...



Saidina Ali Bin Abi Talib berpesan:
"Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta"

#hikmah | Majalah Dakwah isu 02 page 75

lukisan penaja:
"salah satu daripada penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam"

No comments: