Followers

Friday, March 25, 2011

aku... musafir menuju kematian...

Assalamualaikum w.b.t...
mati... or kematian.... tu benda yang aku fikir sekarang...
kenapakah?... saje je....
kita x tahu bila ajal kita akan tiba.... dah raedy ke?
kalau tanye aku... confirm la, aku x ready lagi....
x tahu la bila nak ready....
yang pasti... kematian tetap berlaku....
x kira la... lambat ataupun cepat.... semua orang akan mati...


Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa' ayat 78
"Di mana jua kamu berada, mauat akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh"
itulah buktinya... kita x boleh nak mengelak daripada kematian....
peristiwa kematian memberi banyak pengajaran kepada kita....
ia akan mengingatkan kita kepada alam akhirat...
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya sebelum ini aku melarang kamu daripada menziarahi kubur dan sekarang ziarahilah. Sesungguhnya dengan menziarahi kubur akan mengingatkan kamu kepada alam akhirat"
Riwayat Muslim.


Diceritakan bahawa Lukman Hakim mempunyai seorang anak yang degil..
beliau menempuhi pelbagai kesukaran dalam mendidik anaknya...
pelbagai usaha dan cara talah digunakan... tetapi x berjaya..
sehinggalah pada suatu ketika...
beliau telah membawa anaknya menziarahi kubur setiap kali ada kematian..
tidak lama kemudian anaknya mula insaf dan sedar tentang hakikat sebuah kehidupan yang diakhiri dengan sebuah kematian...


Ibnu Umar pernah berkata
"jika kamu masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga petang dan jika kamu masih hidup waktu petang, jangan tunggu hingga pagi, sediakan dirimu pada waktu hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada waktu sihat untuk bekalan waktu sakit"
hidup ini ibarat seorang musafir....
seorang musafir yang menuju sebuah kematian....